AMPANG JAYA: Seorang lelaki disyaki ahli kongsi gelap diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah rumah di Taman Dagang Permai di sini pada Rabu.
Suspek yang juga merupakan pemandu lori itu turut didapati terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar kawasan Ampang sebelum ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan sebelum itu dibuat mangsa yang mendapati tingkap pada bahagian dapur telah terkopak.
"Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 pagi itu, mangsa lelaki tempatan berumur 27 tahun itu turut mendapati empat beg tangan berjenama yang diletakkan di bahagian dapur turut hilang.
"Siasatan kemudian membawa kepada tangkapan seorang lelaki berumur 41 tahun di sebuah unit rumah pangsa di Puchong kira-kira jam 12 tengah malam pada Khamis," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Katanya, pemeriksaan tubuh badan suspek mendapati terdapat beberapa tatu.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat dalam kumpulan kongsi gelap selain mempunyai 13 rekod jenayah dan 12 rekod berkaitan dadah.
"Ujian saringan air kencing yang dijalankan turut mendapati suspek positif dadah jenis methapatamine," katanya.
Menurutnya, suspek menyasarkan kawasan perumahan yang tidak mempunyai kawalan keselamatan ketika melakukan kegiatan jenayah.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 08 2023
Suspek menyasarkan kawasan perumahan yang tidak mempunyai kawalan keselamatan ketika melakukan kegiatan jenayah. - Gambar hiasan
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Ahli kongsi gelap diberkas terbabit kegiatan pecah rumah
Seorang lelaki disyaki ahli kongsi gelap diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah rumah di Taman Dagang Permai di sini pada Rabu.
Tiga lelaki Bangladesh suspek pecah rumah ditahan
Polis menahan tiga lelaki warga Bangladesh kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah seorang warga emas di Taman Cheras Indah, bulan lepas.
Bekas banduan aktif pecah rumah ditahan polis
Suspek berusia 40 tahun berjaya ditahan hasil risikan pasukan polis selepas menerima rakaman video daripada seorang saksi.
Tiada laporan pecah rumah mangsa banjir di Perak
Anggota polis sudah diarah melakukan pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan dikenal pasti terjejas akibat banjir.
Polis Ipoh tumpu banteras kes pecah rumah
Peningkatan kes pecah rumah berlaku selepas pergerakan merentasi sempadan dibenarkan mulai April lalu.
Penganggur warga asing pecah rumah ditahan
Polis merampas 12 utas jam pelbagai jenama, tiga buah kamera serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah.
21 kes pecah rumah sepanjang tempoh Op Selamat 18 di Perak
Sebanyak 21 kes pecah rumah dilaporkan di Perak sepanjang tempoh Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri, yang dilaksanakan pada 29 April hingga 8 Mei lalu.
Enam ahli kumpulan pecah rumah aktif di lima negeri ditahan polis P. Pinang
Kumpulan ini terlibat dalam kes pecah rumah di Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor dan Kuala Lumpur sejak awal Januari lepas.
'Telenovela' pecah masuk rumah: Empat warga Amerika Latin dihukum penjara setahun
Mereka memecah masuk rumah sekitar Taman TTDI, Shah Alam, Bukit Rahman Putra dan Saujana Resort yang melibatkan jumlah kerugian sekitar RM165,000.